Wednesday 16 March 2011

Anwar oh Anwar.....

haih~~~ PER dah banyak kali dengar cerita dia masuk keluar mahkamah. well, so far nasib dia memang baik, asyik2 terlepas ajer, hahaha... bukan semua orang ada nasib macam tu, jeles PER taw~

yop, Anwar desak orang berhenti demonstrasi??? nak tau tak? PER rasa macam nak terguling2 atas lantai kat makmal ni aje tapi memikirkan ramai orang, PER sekadar senyum-nak-pecah-perut ajer, heeheehee..... what the joke, Anwar suruh orang berhenti berdemonstrasi??? selama ni bukan dia yang tak kisah ke? umm.... apa jadi dengan 'kebebasan bersuara' dia? apa jadi dengan 'kebebasan berpersatuan'? apa jadi dengan segalanya bebas yang dia bising2kan dulu? masa dulu2 dia kata tak apa berdemonstrasi, tapi sekarang tak boleh. kenapa ya?

ye la, sebab yang didemonstrasikan ialah dia sendiri. haa, senjata makan tuan, sedap? senjata yang asalnya disediakan untuk orang lain dah pusing balik kepada dia. huh, PER penah kena. masa dulu PER beli ular getah nak buat lawak kat kawan. lepas beli, PER simpan dalam beg. balik je rumah (tu tak sempat kenakan kawan lagi tu), PER terkejut melompat2 dan menjerit2 sebab PER ingat ada ular dalam beg PER (memang la ada, tapi getah je). so, PER penah rasa macam mana perasaan 'senjata makan tuan' ni. memang lawak la bila pikir balik.

kembali, time kenakan orang, semua halal, tapi kalau dah kena kat dia, dia marah2. padahal dia yang create benda tu. aduhai~

yang sekarang ni duk kecoh supaya dia serahkan DNA dari sampel darahnya kepada mahkamah. ye la, kalau Karpal Singh kata sampel tu tak sah, why not ambil yang baru, kita sahkan sendiri. haa? lagi best sebab dapat yang fresh punya sample. kalau2 la Anwar tu tak bersalah, kenapa nak panjang kan cerita? PER tak rasa la hidup dalam kontroversi ni aman, tapi mane la tau DSAI kita ni suka pulak hidup macam ni. hidup yang dipenuhi dengan berita di dada2 akhbar dan dikelilingi oleh papa/mamarazzi ni jadi feveret dia kot... tah laa, lain orang lain minat, ahaks! yang penting, PER tak minat hidup camntu...

ataupun memang dia ni sebenarnya2 bersalah. mengaku aje la, selagi dia tidak dibuktikan bersalah, udara segar KL memang dapat disedut everyday. al-maklum la, kalau dah masuk penjara tu, kegian pulak udara luar.

tah laaaaa......

addio~

p/s: Karpal Singh - Anwar perlu bertaubat. suka dengar tu, hahaha~~

Bible Melayu???

Kerajaan setuju Injil diterjemah dalam Bahasa Malaysia

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia di Kuching dan Pelabuhan Klang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) berkata, persetujuan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Akta berkenaan kata beliau, membenarkan pengeluaran serta penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicop dengan tag "Untuk penganut agama Kristian sahaja".
Dalam satu kenyataan, di sini hari ini, beliau berkata, sejak tahun 1982 melalui akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya.
''Dengan merujuk kepada fakta tersebut, kerajaan bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran kitab Injil,'' katanya.
Beliau berkata, setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara juga telah menetapkan bahawa pengeluaran kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah.
Oleh itu, kata beliau, dalam konteks berikut kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku kitab Injil tersebut.
''Kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama,'' katanya.
Beliau menjelaskan, kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.

(copy paste dari Utusan Online)

PER nak tanya, selesai ke perkara ni nanti? selesai ke masalah murtad in the future? selesai ke masalah 'penggunaan nama Allah' oleh orang bukan Islam? selesai ke masalah kekonfiusan dalam agama nanti? selesai ke masalah semua ni kalau dikeluarkan INJIL DALAM BAHASA MELAYU???

motif??? kenapa perlu bible dalam bahasa Melayu? kenapa? ramai sangat ke research kat Malaysia yang berbangsa Melayu nak research pasal agama lain? ramai sangat ke orang yang nak jadikan bible ni sebagai panduan dalam mendalamu ilmu agama Islam? PER rasa, makin naik lemak la orang2 yang murtad ni, percaya tak??? dengan adanya bible dalam bahasa Melayu, lagi la mudah budak2 yang murtad ni mengamalkan ajaran baru diorang tu.

begi PER la, sebelum tu PER nak cakap, PER ANTI ORANG MURTAD, PER tak nampak kebaikan dikalangan orang muda Melayu sendiri kalau diorang dapat bible dalam bahasa Melayu. tak tau la kalau mata PER ni dah teruk, tapi PER tak nampak KEBAIKAN kepada orang Melayu yang pakai bahasa Melayu hari2 kalau bile diterjemahkan dalam bahasa mereka. PER smells something fishy la. ni macam ada agenda halus aje, pembaca perasan tidak?

PER tak berani nak ulas banyak2 sebab PER tak tahu sangat pasal perkara ni tapi yang PER tahu dan PER nampak hanyalah keburukan saja. maafkan PER, PER memang pakai spek, hahaha... tapi PER kurang berpuas hari tentang kejaraan bersetuju bible diterjemahkan. walaupun dah dicop label 'untuk penganut agama Kristian sahaja' apa kerajaan ingat orang yang tak Kristian atau orang yang ada niat untuk 'mengkristiankan' diri takkan cari ke buku ni? tak tahu la, 'jawab' la bila tiba masanya.....

tak tahu la nak cakap camne, tapi kalau pemimpin even PAS dan PKR tak cakap apa2, apa maksudnya tu...? nilaikan....

wassalam, addio~

p/s: bab agama, jangan dibawa main........

Usaha Tangga Kejayaan

Pelajar lemah, mundur hanya hancur diri sendiri

PUTRAJAYA 15 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan golongan pelajar agar tidak lemah, mundur dan terlibat dalam pelbagai aktiviti tidak sihat yang boleh menghancurkan diri sendiri dan masa depan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka perlu gigih berusaha dalam mencari ilmu kerana hanya golongan berilmu dan berakhlak mulia mampu menerajui negara pada masa akan datang.
''Kita tidak nafikan bahawa ada kalangan kita yang bersikap 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'.
''Sebagai bakal pemimpin akan datang, sifat tersebut tidak sepatutnya ada dalam diri kerana kita seharusnya prihatin dan peka terhadap keperluan serta kehendak orang lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Keluarga Angkat 1Malaysia peringkat Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed.
Program yang dimulakan sejak 10 Mac lalu itu melibatkan 60 keluarga angkat di kalangan pegawai kanan Kementerian Pelajaran.
Setiap keluarga angkat, mereka akan menerima dua anak angkat yang berlainan bangsa.
Muhyiddin berkata, rakyat negara ini amat beruntung kerana berada dalam negara yang sudah merdeka dan hingga hari ini masih aman, ekonominya stabil dan perpaduan terus mantap.
''Maka, kita semua perlu pertahankan kejayaan yang telah kita miliki dengan bersatu padu dan berusaha untuk memelihara kemakmuran negara," katanya.
Pada sidang akhbar kemudiannya, beliau menyifatkan program tersebut mampu membawa impak kepada kefahaman lebih mendalam tentang kepelbagaian keturunan, agama dan latar belakang di negara ini.
"Ini amat baik kerana sebagai pemimpin pelapis, mereka bukan sahaja harus dapat memahami kepelbagaian itu tetapi juga bagaimana dapat menghargai bahawa dalam perbezaan itu ada persamaan," katanya.

(copy paste dari Utusan Online)

Maaf ya, PER dah lama tak menulis, PER busy gila2 sangat. PER tak leh gitau PER busy dengan apa tapi bukan la berkaitan dengan apa2 yang terjadi kat luar sekarang ni. PER tak larat nak terlibat secara langsung.

anyway, cerita tentang pelajar lemah, PER akui banyak pelajar zaman sekarang 'lemah' especially pelajar Melayu. Tak tau kenapa. samada mereka ni memang lemah ke, faktor keluarga ke, faktor pengaruh rakan ke ataupun faktor-faktor lain yang PER boleh klasifikasikan sebagai 'alasa' semata-mata.

PER pun student jugak dulu, PER memang lemah. PER benci gila matapelajaran matematik dulu. masa form 4 dan form 5, PER selalu aje fail (bukan pass, hahaha). tiba kat SPM, PER dapat A2. apa maksudnya tu? maksudnya, bagi PER tak ada apa2 yang yang menghalang seseorang untuk berjaya melainkan dirinya sendiri. PER tengok pelajar sekolah zaman sekarang ni memang banyak yang bagi alasan. macam mana pemikiran bangsa kita nak maju kalau alasan kelas ketiga hadir dalam negara berkelengkapan kelas pertama?

PER nak tanya pembaca la, mana silapnya student2 Melayu ni sampai ramai lagi yang lemah berbanding yang berjaya? bagi PER, ia bermula dari akar umbi, dari rumah pelajar tu sendiri. PER tak tau la keluarga yang lain macam mana, PER rasa, baiknya anak tu datangnya daripada ibubapa pelajar tu sendiri, betul tak? tak payah nak bercerita banyak, PER just harap generasi2 PER ni akan cuba baiki kesilapan yang mungkin generasi sebelumnya pernah lakukan. hopefully perubahan yang baik akan berlaku.

wassalam, addio~

p/s: kalau nak, seribu daya. tak mahu, seribu dalih~

Friday 11 March 2011

Wanita Semasa

Sasar 55 peratus pekerja wanita pada 2015

KUALA LUMPUR 10 Mac - Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja wanita di negara ini kepada 55 peratus menjelang 2015 berbanding 47.3 peratus pada masa ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedar golongan tersebut berpotensi untuk menjadi pemimpin dalam jurusan masing- masing pada masa depan.
Menurutnya, potensi itu berdasarkan aliran semasa yang menunjukkan golongan wanita telah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai nilai tambah selain merupakan pekerja yang cukup produktif.
"Kita berbangga kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang mana peluang- peluang seumpama ini terbuka kepada kaum wanita. Ia hasil usaha keras kerajaan dalam melakukan transformasi sosial.
"Pada masa ini, kaum wanita terdiri daripada 47.3 peratus tenaga kerja di Malaysia berbanding 30.8 peratus pada tahun 2000. Menjelang 2015, kerajaan berharap bilangan itu akan meningkat kepada 55 peratus," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam blognya, http://www.1malaysia. com.my, sempena memperingati ulang tahun ke-100 Hari Wanita Antarabangsa yang disambut di seluruh dunia semalam.
Dalam pada itu, Najib berkata, golongan wanita di negara ini sudah menempa banyak kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat antarabangsa mahupun dalam aspek pendidikan.
Antaranya, jelas Perdana Menteri, dunia mengiktiraf kemampuan dan peranan golongan wanita seperti Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dalam membantu menguruskan sistem kewangan negara.

(copy paste dari Utusan Online)

PER memang respek dengan orang perempuan yang berkerja, especially yang dah berkahwin. mana tak produktif? kalau kat rumah boleh settle kerja, lat office boleh buat, memang la orang panggil 'produktif'. respek laa.... mak PER pun kerja jugak, so PER, walaupun masa kecik2 rasa sunyi je mak PER tetiba keluar kerja, tapi bila tengok balik sekarang, PER rasa separuh dari perbelanjaan rumah ditanggung oleh si isteri.

nak tingkatkan tenaga kerja wanita kepada 55%? okay, satu soalan, lelaki?

ye la, kalau tengok kat universiti2 mana2 sekalipun, memang rata2 adalah wanita. PER tak pasti la kalau lelaki dia lebih suka duduk reumah sewa, so, memang jarang nampak. tapi memang banyak wanita. dalam bas, dalam kelas, dalan kantin, dalam office. mana2 pun ada...

tapi kalau nak dilihat, memang ramai sangat wanita yang berkerjaya yang bernama. PER respek sangat-sangat dengan mereka. PER harap PER boleh jadi one of them.

akhir sekali walaupun PER terlambat, selamat menyambut Hari Wanita Sedunia yang ke-100.

p/s: walaupun PER bercita-cita nak berkerja dalam sektor government, PER still rasa kerja sebagai surirumahtangga adalah the best job untuk wanita.

Hari Terakhir Pembayaran Saman

Kaunter saman trafik sesak lagi

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 10 Mac - Asalkan ada kaunter bayaran saman trafik, tempat tersebut hari ini dipenuhi orang ramai yang mahu menjelaskan saman tertunggak masing-masing pada hari terakhir tempoh insentif diskaun diberikan oleh kerajaan.

Keadaan sesak yang pernah berlaku pada 28 Februari lalu berulang lagi selepas kerajaan melanjutkan tempoh menjelaskan bayaran saman sehingga hari ini.

Kesesakan itu juga dipercayai berlaku akibat sikap 'suka bertangguh' orang ramai yang menunggu sehingga hari terakhir untuk menjelaskan saman.

Akibatnya, mereka terpaksa bersesak pada hari terakhir apabila jumlah pembayar saman meningkat berbanding tempoh lanjutan 10 hari yang diberikan oleh kerajaan mulai 1 Mac lalu.

Namun, ada juga pembayar saman yang mendakwa sistem komputer yang tergendala selain nombor giliran yang habis terlalu awal sejak beberapa hari lalu menyebabkan mereka terpaksa membayar saman itu pada saat-saat akhir.

Suasana sesak bukan sahaja dapat dilihat di kaunter bayaran saman di cawangan trafik dan ibu pejabat polis daerah (IPD), malah ia turut berlaku di pejabat-pejabat Pos Malaysia dan pos mini di seluruh negara.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Dukong, Lebuh Raya Grand Saga di Kajang mendapati, pejabat pos mini di situ yang selama ini lengang turut sesak.

Pembayar saman mula beratur sejak awal pagi sehingga ke tengah hari sehingga menyebabkan tempat meletak kereta di kawasan itu penuh.

Malah, orang ramai beratur bukan sahaja di dalam pejabat pos mini itu tetapi sehingga ke kawasan luar.

Rata-rata pengguna kenderaan yang ditemui memberitahu, mereka memilih pos mini itu kerana ia agak lengang sebelum ini.

Namun hari ini, keadaan menjadi sebaliknya apabila barisan dalam pejabat pos yang mampu memuatkan lebih daripada 30 orang, tetap tidak berkurangan malah ia bersilih ganti dengan pembayar saman.

Kerajaan sebelum ini melanjutkan tempoh diskaun bayaran saman sebanyak 50 peratus sejak Ogos lepas yang sepatutnya berakhir pada 28 Februari lalu sehingga hari ini.

Langkah melanjutkan tempoh bayaran saman itu dibuat selepas mendapati lebih 17 juta saman masih belum dijelaskan apabila tempoh itu berakhir hujung bulan lalu.

Sementara itu, tinjauan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati, keadaan sesak sama seperti yang berlaku pada 28 Februari lalu.

Di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee mendapati, nombor giliran habis seawal pukul 10.30 pagi, manakala di Bukit Aman pula, mereka yang menunggu sejak pukul 8 pagi dilihat belum dapat membayar saman mereka sehingga tengah hari ini.

Pegawai Kompaun Polis Trafik Jalan Bandar, Asisten Supritendan Azhari Chik berkata, seperti hari-hari sebelum ini, hanya 800 nombor dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, jika nombor giliran itu berjaya dihabiskan sebelum 8 malam ini, nombor giliran baru akan dikeluarkan.

"Bagaimanapun nombor mungkin dihadkan kepada 100 sahaja kerana bimbang tidak dapat dihabiskan sebelum tengah malam ini," katanya.

Beliau berkata, proses semakan dan pembayaran mengambil masa kerana ada di antara mereka yang menyemak dan membayar untuk lebih 50 saman.

(coy paste dari Utusan Online)

huhh.... dari hari tu la tak habis2 cerita bayar saman. jap, ramai sangat ke yang kena saman?? PER tak tau la, tapi dari Utusan Online, PER dapat tahu yang orang Malaysia ni suka bertangguh. PER tak pasti kenapa dan mana silapnya. ada kawan PER bising2 kat FB dia, kata "kalau tak bertangguh, tu bukan Melayu namanya, so aku nak buat assignment malam ni la", sampai macam tu sekali kenyataan dia. PER kecewa laa...

dah dilanjutkan, tak settle jugak. liat betullah. makin nak dicerita mankin confuse PER. tak tau nak kesiankan diorang ke nak padanmukakan diorang. yang penting PER tak ada saman. 

PER tak tau sampai bila habis settle orang bayar saman semalam tapi harapnya kalau ada peluang lepas ni, orang takkan ambil mudah lagi or sambil lewa. tapi PER sebenarnya nak kerajaan bertegas sengan orang ramai. tapi tak apalah, PER tak ada kuasa.

so, lepas ni apa akan jadi? blacklist?

p/s: kalau silap masa jalan kaki pun kena saman, PER maybe ada saman kut, hehehe~~~

Tuesday 8 March 2011

Politik, oh Politik.....

Huff, PER pening betul la kebelakangan ni. PER banyak gila keja, sampai nak update blog pun PER mati semangat. Penat sangat, dengan macam-macam kerja PER kena buat. Adoiyaii….

Tapi anyway, PER pendekkan je la cerita kali ni. PER baca Utusan Online (lagi la), and PER dapat banyak sangat topic yang menarik. Antaranya pembekuan program baru perubatan. Wah, pembekuan? Kenapa???
Penawaran melebihi permintaan? Wah, first time PER dengar program perubatan macam ni. Rata2 PER pegi, orang mesti kata nak jadi doktor, tapi kenapa sampai terlebih tawaran dari permintaan? Well, PER tak ada 
jawapan untuk tu…

Then PER terbaca pasal cik Nik Aziz kita (lagi…. di sini). PER tertarik dengan kenyataan terakhir tu “…Ini bukan adil, ini berdosa dunia dan akhirat…”, alaa… comel betul kenyataan dia tu, hahaha… macam budak kecik yang kalah bertanding, semua nak libatkan dosa, dunia akhirat. Hehehe…. Media tak berpihak pada mereka? Keluarkanlah Harakah banyak2. Well, dah kelebihan UMNO la kan. Kalau PAS yang pegang tampuk pemerintahan negara ni, memang dia orang akan buat perkara yang sama. Maybe lebih, PER tak pasti 
laa…

PKR pulak? Hmmm….. PKR tak penuh janji? Memang PER dah biasa dengar pasal ni laa.. Oh ya, PER ada download Buku Jingga online tapi PER tak sempat nak telaah lagi isi kandungannya, Menurut blog yang PER baca haritu, Buku Jingga hanya menimbulkan gelak tawa sahaja. PER tak pasti ada apa dalam Buku Jingga tu. 
Kalau ada masa, InsyaAllah, PER akan huraikan secara ringkas isi kandungan Buku Jingga.

Oh ya, PER dengar sejak Negeri Selangor ni diambilalih, PER dengar banyak, hotel bajet, kelab malam dan rumah urut dibuka, especially Shah Alam, tempat yang ramai student. Kenapa eh? PER nak tahu jugak… Pastu kenyataan Nur Zaiful di sini, “Saya masih menanti kerajaan negeri mengeluarkan tawaran untuk orang muda membeli rumah mampu milik di negeri ini namun masih tiada sedangkan projek-projek perumahan kelas sederhana dan mewah begitu mudah mendapat perhatian mereka,'' katanya. Apa maksudnya tu? Pembaca tafsir-tafsirkan lah sendiri. Tapi dulu pasal isu pasir, PER memang tak arif masa dulu sampailah PER sendiri nampak gambar lubang-lubang yang terhasil daripada kegiatan mengorek pasir. PER pasti kegiatan korek pasir besar-besaran ni sebenarnya ada dalang disebaliknya. Takkan la parti mengorek pasir besar2an ni tak dihidu oleh kerajaan Negeri Selangor, idak? Mustahillah bagi PER, tak mungkin…..

Banyak, kalau nak cerita sekarang, PER tak balik rumah la jawabnyer ni…. PER stop sini dulu eh, pasal PKR. Kita sambung pasal DAP pulak, ‘kawan karib’ PAS di sini.

Huisy, kat PP memang lagi dahsyat kes diaaa….. gerai Melayu runtuh, perkampungan Melayu runtuh, perniagaan KOMTAR kedai Melayu runtuh, segalanya pasal Melayu runtuh la pendek katanya kat Pulau Pinang. Apasal Melayu? DAP memang nak mengautonomikan PP ke? Nak jadikan PP tu Singapore ke-2? Wah wah wah….. tak cukup ngan Singapore, habis PP pun dia nak amik? Lepas tu? KL? Ipoh? Melaka? JB? Pastu yang tinggal untuk orang Melayu? Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu aje ke? Sukati je diorang. Dah beri betis, nak peha la, cenonggeng la, kepak la. Lama-lama dia amik whole chicken. Yang tinggal kat kita hanya bulu dan tulang aje. Tu pun tinggal tulang yang dah kena gigit, sum-sum tulang pun dia bedal. Ni andaian aje la, pembaca. Boleh bayangkan tak macam mana kalau diorang amik habis and tak tinggal sesen pun untuk kita? Parah laaaaaa…..

DAP ni kita kena extra berhati-hati. PER dengar cerita, DAP ni selalu aje buat mesyuarat masa solat Jumaat, dimana semua pegawai kerajaan lelaki bersolat Jumaat. PER rasa kan, masa tu la diorang buat ‘projek’ diorang, meeting bagaimana nak menyisihkan ‘rival’ mereka. PER takut….

Itu la yang sempat PER olah masa ni. Actually time ni pun dah lewat sangat da. PER memang busy extra. PER esok memang langsung tak dapat pegang komputer PER ni. PER mean, LANGSUNG. Program la, itu la ini la. So tomorrow never die, but never update too. Sorry…

Addio.....

p/s: PER penat gile la skarang ni, tolong……….

Sunday 6 March 2011

Ayah Pin Aziz ke?

Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?

KUALA LUMPUR 5 Mac - Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka.
"Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Nik Abdul Aziz turut menyifatkan mana-mana mufti yang menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga dan neraka sebagai mufti yang layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.
Jelas Farahana, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan sikap angkuh serta mengangkat dirinya ke suatu martabat yang begitu tinggi.
Tambahnya, perbuatan biadab tersebut juga merupakan contoh kepada kepimpinan ala Ayah Pin yang menganggap dirinya nabi pada zaman ini.
"Justeru, saya mencabar Nik Abdul Aziz supaya menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat," ujarnya.

(copy paste dari Utusan Online)

oh, PER ingat lagi cerita pasal Ayah Pin. dia memang dapat sambutan. yang tak boleh belahnya, kenapa orang yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya cemerlang pun boleh membodohkan diri menyembah manusia? hanya kerana da kata dia utusan dari tuhan? wah, gitu PER pun nak buat benda yang sama. kalau PER kata PER ni dapat wahyu, agaknya ada tak orang yang nak jadi pengikut setia PER?

tujuan Nik Aziz dan Ayah Pin ni apa? apakah mereka ni nak dilayan dan disembah macam tuhan? atau mereka ni nak merasakan diri mereka sangat diperlukan seperti Rasulullah? atau mereka perlukan tentera yang setia bagi mencapai maltlamat jangka panjang mereka? PER tak tahu, PER sumpah tak faham kehendak mereka. Wallahualam...

tapi ada ek manusia yang terlupa balasan Allah. ye la, dia ingat tak ada dosa ke mempermainkan ayat2 suci Al-Quran? tapi kan, PER rasa la, Niz Aziz ni macam ada orang belakang yang support dan kontrol segala percakapan dia. tak ade la, PER tengok dia macam tak ada rasa bersalah langsung. tak rasa menyesal langsung. entahla, dari apa yang PER tengok, dia semacam enjoy bila dia menkafirkan orang lain, memberi hukuman kepada orang lain dan memberi janji syurga kepada pengikut. PER tengok dia macam enjoy jadi 'tuhan'. huisy, sapa tak nak jadi tuhan kan? boleh buat apa saja, wow.....

oh ya, PAS kata dia akan gunakan isu agam sebagai mencontohi perbuatan baginda dalam berdakwah. tapi nak tanya, ada tak baginda berdakwah demi politik? ada tak baginda mengkafirkan umat manusia? adakah baginda memberi tiket ke syurga kepada mereka yang memangkah parti politik baginda? bagi PER, kalau serban besar mana pun, dosa lagi besar dari serban, tempat still kat neraka nya. tak ada jalan mudah untuk ke syurga. tak tertulis pun kat mana2 dalam Quran yang memangkah PAS boleh hidup senang lenang dalam syurga. apa? perjuagan PAS berlandaskan Islam? Oh, Islam la sangat kalau bersekongkol dengan parti yang paling bencikan Islam? Islam sangat la kalau suke ati tok nenek diorang bagi tiket ke syurga? Islam sangat la kalau mulut tu ligat mengkafirkan orang Islam yang lain? Islam sangat la dulu kata A (hukum hudud), sekarang kata B (tak payah hukum hudud)? Islam sangat la mereka yang ikut telunjuk orang kafir? orang kafir lagi tergelak ada la. sebab diorang boleh bawak main PAS macam keretapi mainan pulak, suka2 aje nak kedepan atau kebelakang. seronok tau. kalau PER dapat kontrol orang, PER pun rasa seronok, apatah la kalau dapat kontrol orang yang ada pengikut ramai.

tapi betuk kata Farhana Jamaludin, Wali Selipar tu memang angkuh. tak apa la, semoga dia dapat hidayah sementara masih bernafas lagi ni. kalau tak, PER takut syurga yang dijanjikan pada pengikut dia, dia pulak yang takdapat bau...

wallahualam, addio~

p/s: buat baik masuk syurga, buat jahat, pegi la ke neraka...