Wednesday 16 March 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Pelajar lemah, mundur hanya hancur diri sendiri

PUTRAJAYA 15 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan golongan pelajar agar tidak lemah, mundur dan terlibat dalam pelbagai aktiviti tidak sihat yang boleh menghancurkan diri sendiri dan masa depan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka perlu gigih berusaha dalam mencari ilmu kerana hanya golongan berilmu dan berakhlak mulia mampu menerajui negara pada masa akan datang.
''Kita tidak nafikan bahawa ada kalangan kita yang bersikap 'seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'.
''Sebagai bakal pemimpin akan datang, sifat tersebut tidak sepatutnya ada dalam diri kerana kita seharusnya prihatin dan peka terhadap keperluan serta kehendak orang lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Program Keluarga Angkat 1Malaysia peringkat Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed.
Program yang dimulakan sejak 10 Mac lalu itu melibatkan 60 keluarga angkat di kalangan pegawai kanan Kementerian Pelajaran.
Setiap keluarga angkat, mereka akan menerima dua anak angkat yang berlainan bangsa.
Muhyiddin berkata, rakyat negara ini amat beruntung kerana berada dalam negara yang sudah merdeka dan hingga hari ini masih aman, ekonominya stabil dan perpaduan terus mantap.
''Maka, kita semua perlu pertahankan kejayaan yang telah kita miliki dengan bersatu padu dan berusaha untuk memelihara kemakmuran negara," katanya.
Pada sidang akhbar kemudiannya, beliau menyifatkan program tersebut mampu membawa impak kepada kefahaman lebih mendalam tentang kepelbagaian keturunan, agama dan latar belakang di negara ini.
"Ini amat baik kerana sebagai pemimpin pelapis, mereka bukan sahaja harus dapat memahami kepelbagaian itu tetapi juga bagaimana dapat menghargai bahawa dalam perbezaan itu ada persamaan," katanya.

(copy paste dari Utusan Online)

Maaf ya, PER dah lama tak menulis, PER busy gila2 sangat. PER tak leh gitau PER busy dengan apa tapi bukan la berkaitan dengan apa2 yang terjadi kat luar sekarang ni. PER tak larat nak terlibat secara langsung.

anyway, cerita tentang pelajar lemah, PER akui banyak pelajar zaman sekarang 'lemah' especially pelajar Melayu. Tak tau kenapa. samada mereka ni memang lemah ke, faktor keluarga ke, faktor pengaruh rakan ke ataupun faktor-faktor lain yang PER boleh klasifikasikan sebagai 'alasa' semata-mata.

PER pun student jugak dulu, PER memang lemah. PER benci gila matapelajaran matematik dulu. masa form 4 dan form 5, PER selalu aje fail (bukan pass, hahaha). tiba kat SPM, PER dapat A2. apa maksudnya tu? maksudnya, bagi PER tak ada apa2 yang yang menghalang seseorang untuk berjaya melainkan dirinya sendiri. PER tengok pelajar sekolah zaman sekarang ni memang banyak yang bagi alasan. macam mana pemikiran bangsa kita nak maju kalau alasan kelas ketiga hadir dalam negara berkelengkapan kelas pertama?

PER nak tanya pembaca la, mana silapnya student2 Melayu ni sampai ramai lagi yang lemah berbanding yang berjaya? bagi PER, ia bermula dari akar umbi, dari rumah pelajar tu sendiri. PER tak tau la keluarga yang lain macam mana, PER rasa, baiknya anak tu datangnya daripada ibubapa pelajar tu sendiri, betul tak? tak payah nak bercerita banyak, PER just harap generasi2 PER ni akan cuba baiki kesilapan yang mungkin generasi sebelumnya pernah lakukan. hopefully perubahan yang baik akan berlaku.

wassalam, addio~

p/s: kalau nak, seribu daya. tak mahu, seribu dalih~

No comments:

Post a Comment