Friday 4 March 2011

KOMTAR oh KOMTAR...

Gerai 'ghaib' peniaga Komtar dakwa rugi RM50,000

PULAU PINANG 3 Mac - Peniaga barangan kulit di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang tidak mengendahkan arahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya berpindah ke lokasi baru semalam terkejut apabila mendapati gerainya 'ghaib' ketika mahu memulakan perniagaan hari ini.
Mohamed Ghani Abd. Jiman, 46, memberitahu, gerai tersebut dibelinya daripada pengurusan lama Komtar, PG Karisma Events & Services Sdn. Bhd. sebelum PDC mengambil alih tempat itu.
Beliau mendakwa kehilangan gerai tersebut menyebabkannya rugi kira-kira RM50,000 kerana terdapat banyak barang jualan termasuk milik pelanggan disimpan di dalamnya.
"Pekerja saya yang datang untuk membuka gerai kira-kira pukul 10 pagi tadi mendapati gerai tersebut tiada lagi di tempat biasa kami berniaga.
"Jika semalam gerai saya dipecahkan, hari ini gerai saya hilang pula.
"Saya anggarkan barangan yang ada di ruang simpanan gerai itu tidak kurang RM50,000.
"Barangan ini termasuk milik pelanggan yang menghantar kepada saya untuk dibaik pulih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Mohamed Ghani 'mengamuk' apabila diarah berpindah ke lokasi baru yang disediakan oleh PDC.
Sambil menjerit-jerit melahirkan rasa tidak puas hati, beliau yang juga Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA) terus berdegil membuka gerainya walaupun 17 gerai peniaga lain sudah dialihkan ke lokasi baru oleh kakitangan PDC dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak awal pagi.
Mohamed Ghani mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada pihak pengurusan bangunan itu untuk berpindah.
Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis mengenai kehilangan gerai dan barangan jualan termasuk milik para pelanggannya.
Beliau turut menunjukkan notis arahan berpindah daripada PDC yang dihantar kepada semua peniaga di tingkat tiga Komtar pada 25 Februari lalu tanpa menyenaraikan namanya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati Mohamed Ghani meneruskan perniagaan di satu sudut di tingkat tiga Komtar, terasing daripada gerai-gerai lain.

(copy paste dari Utusan Online)


Sedih nak cakap. SEDIH! PER nampak kerajaan DAP kat PP memang sangat-sangat berat sebelah. PER ada tengok haritu kat dalam Buletin Utama yang gerai peniaga kena pindah. PER tangok, gerai tu macam style kerajaan yang bina. pendek kata bukan haram punye la. tapi gerai cina kat seberang yang sampai dah diextend-extend tu pulak tak kena apa. PER nak tanya, yang tolong runtuhkan gerai tu ada orang Melayu tak? kalau ada, buncit perut diorang makan makanan haram yang diterima dari upah mensialkan orang. PER harap perut diorang berulat bila mati nanti.

sori, terkasar bahasa sikit. sakit hati PER dengar pasal tu. tapi kalau takde orang Melayu yang mensialkan orang Melayu lain, tak pe la. PER bersyukur sangat. at least diorang sedar diorang keja tu untuk apa.

Tapi dalam kes ni, dah ternyata bahawa mr.Ghani memang dianiaya. mana pergi titik peluh dia selama ni. tapi kan, PER memang tak paham apa yang sebenarnya KOMTAR nak pada peniaga Melayu. anybody tau? 

Tak dapat notis pemindahan tu yang parah. agak2nya en.Ghani ni boleh menang ke kalau laporan polis dibuat dan naik turun mahkamah?
kerajaan PP harapnya janganlah buta hati dan perut. jangan la berat sebelah. kita rakyat Malaysia sama2 la berkongsi. cakap pasal berkongsi, PER dapati orang2 cina yang pro-DAP memang nak 'memansuhkan' Melayu dari muka bumi Malaysia ni. betul tak? ke, PER sorang je yang rasa camtu.....?

Wallahualam.....


p/s: teringat pula kes perkampungan Melayu kat PP......

No comments:

Post a Comment