Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?
KUALA LUMPUR 5 Mac - Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka.
"Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa boleh ditegur oleh pengikutnya kerana 'kesucian' mereka itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Nik Abdul Aziz turut menyifatkan mana-mana mufti yang menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga dan neraka sebagai mufti yang layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.
Jelas Farahana, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan sikap angkuh serta mengangkat dirinya ke suatu martabat yang begitu tinggi.
Tambahnya, perbuatan biadab tersebut juga merupakan contoh kepada kepimpinan ala Ayah Pin yang menganggap dirinya nabi pada zaman ini.
"Justeru, saya mencabar Nik Abdul Aziz supaya menjelaskan mengenai agendanya untuk memperkenalkan Islam kepada ahli DAP dan seterusnya merancang mengislamkan mereka dalam masa terdekat," ujarnya.
(copy paste dari Utusan Online)
oh, PER ingat lagi cerita pasal Ayah Pin. dia memang dapat sambutan. yang tak boleh belahnya, kenapa orang yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya cemerlang pun boleh membodohkan diri menyembah manusia? hanya kerana da kata dia utusan dari tuhan? wah, gitu PER pun nak buat benda yang sama. kalau PER kata PER ni dapat wahyu, agaknya ada tak orang yang nak jadi pengikut setia PER?
tujuan Nik Aziz dan Ayah Pin ni apa? apakah mereka ni nak dilayan dan disembah macam tuhan? atau mereka ni nak merasakan diri mereka sangat diperlukan seperti Rasulullah? atau mereka perlukan tentera yang setia bagi mencapai maltlamat jangka panjang mereka? PER tak tahu, PER sumpah tak faham kehendak mereka. Wallahualam...
tapi ada ek manusia yang terlupa balasan Allah. ye la, dia ingat tak ada dosa ke mempermainkan ayat2 suci Al-Quran? tapi kan, PER rasa la, Niz Aziz ni macam ada orang belakang yang support dan kontrol segala percakapan dia. tak ade la, PER tengok dia macam tak ada rasa bersalah langsung. tak rasa menyesal langsung. entahla, dari apa yang PER tengok, dia semacam enjoy bila dia menkafirkan orang lain, memberi hukuman kepada orang lain dan memberi janji syurga kepada pengikut. PER tengok dia macam enjoy jadi 'tuhan'. huisy, sapa tak nak jadi tuhan kan? boleh buat apa saja, wow.....
oh ya, PAS kata dia akan gunakan isu agam sebagai mencontohi perbuatan baginda dalam berdakwah. tapi nak tanya, ada tak baginda berdakwah demi politik? ada tak baginda mengkafirkan umat manusia? adakah baginda memberi tiket ke syurga kepada mereka yang memangkah parti politik baginda? bagi PER, kalau serban besar mana pun, dosa lagi besar dari serban, tempat still kat neraka nya. tak ada jalan mudah untuk ke syurga. tak tertulis pun kat mana2 dalam Quran yang memangkah PAS boleh hidup senang lenang dalam syurga. apa? perjuagan PAS berlandaskan Islam? Oh, Islam la sangat kalau bersekongkol dengan parti yang paling bencikan Islam? Islam sangat la kalau suke ati tok nenek diorang bagi tiket ke syurga? Islam sangat la kalau mulut tu ligat mengkafirkan orang Islam yang lain? Islam sangat la dulu kata A (hukum hudud), sekarang kata B (tak payah hukum hudud)? Islam sangat la mereka yang ikut telunjuk orang kafir? orang kafir lagi tergelak ada la. sebab diorang boleh bawak main PAS macam keretapi mainan pulak, suka2 aje nak kedepan atau kebelakang. seronok tau. kalau PER dapat kontrol orang, PER pun rasa seronok, apatah la kalau dapat kontrol orang yang ada pengikut ramai.
tapi betuk kata Farhana Jamaludin, Wali Selipar tu memang angkuh. tak apa la, semoga dia dapat hidayah sementara masih bernafas lagi ni. kalau tak, PER takut syurga yang dijanjikan pada pengikut dia, dia pulak yang takdapat bau...
wallahualam, addio~
p/s: buat baik masuk syurga, buat jahat, pegi la ke neraka...
No comments:
Post a Comment