Saturday 5 March 2011

Pecah amanah punya pasal, jutawan segera boleh menginap dihotel polis 1,120 tahun

Juruwang hadapi 56 pertuduhan pecah amanah bernilai RM1,925,500

MELAKA 4 Mac - Seorang juruwang sebuah bank hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 56 pertuduhan pecah amanah membabitkan deposit cek tidak wujud bernilai RM1,925,500.
Roslizam Zabar, 40, dari KM28.4, Kampung Batu Gajah, Merlimau, Jasin didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB), Kompleks Perniagaan Masjid Tanah, Alor Gajah antara 15 Disember 2008 dan 17 Ogos 2010.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda serta boleh juga dikenakan sebatan.
Jika sabit kesalahan, Roslizam berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun.
Hakim Abu Bakar Katar membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan pada 13 Jun depan.
Mengikut kertas pertuduhan, Roslizam sebagai orang yang diamanahkan bagi semua urusan kaunter bank berkenaan, secara curang dan tanpa pengetahuan serta kebenaran pihak bank, telah mendeposit 56 cek yang tidak wujud bernilai antara RM5,000 hingga RM49,500 ke akaun Roslen Enterprise bernombor 04024010016444.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar meminta mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM1 juta terhadap tertuduh kerana melakukan kesalahan serius yang membabitkan 56 pertuduhan.
''Dia bukan tidak berkemampuan kerana beberapa hari sebelum ditangkap, telah mengeluarkan wang melebihi RM400,000 daripada satu akaun yang telah ditutup,'' katanya sambil menambah Roslizam menerima gaji penuh walaupun digantung kerja.
Sementara itu, peguam Shah Rizal Alias dan Shahrul Amali Shafie merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana akaun bank Roslizam telah dibekukan.
''Selain itu, tertuduh mempunyai isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih kecil (yang) perlu disara, oleh itu, saya memohon mahkamah meletakkan jumlah wang jaminan yang munasabah,'' kata Shah Rizal. - BERNAMA

(copy paste dari Utusan Online


Sori PER lambat update. PER baru balik dari dating tadi, hehehe...

Okeh, kes kali ni lain pulak. PER sebenarnya tak tahu apa tu 'deposit cek tak wujud'. PER tak paham. tapi dalam kes ni, tertuduh, Roslizam Zabar dah jadi jutawan ekspress la. hei, RM1,925,500 tuu..... tau apa lagi best? kena penjara 1,120 tahun. baik kata seumur hidup, baru sedap dengar. 1,120 tahun? PER pun dah takde dah masa tu, confirm!

PER tak reti nak judge perkara ni. dia dituduh tapi mengaku tak bersalah. bagi PER, biar masa yang tentukan samada betul dia buat ke tak.

anyway, kalau betullah dia yang buat, kesian kat anak bini dia. husbandnya amik duit haram. nak besarkan anak2 dengan duit haram ke? alamatnya, anak tu takkan membesar jadi orang yang baik, caye la. bagi makan dengan duit haram, anak akan berperangai macam haram. PER percaya, baik buruk seseorang anak tu bergantung juga pada didikan dan sumber rezeki yang disuapkan kedalam mulut mereka. mintak2 la PER dijauhkan daripada menerima rezeki bersumberkan haram. PER harap semua orang Islam kat dunia ni pun makan dari sumber rezeki yang halal. PER sedih tengok orang Melayu dengan tak malunya teguk air kuning. PER boleh muntah bila pikir pasal ni, aduhaii.... Melayu mudah lupaa.....

Addio~~

P/S: PER nak belajar tinggi2, PER nak jadi kaya. PER bukan miskin tapi tak mewah. PER nak gaji basic masa depan bersamaan dengan 5K sekarang, hehehehe......

No comments:

Post a Comment