Friday 11 March 2011

Hari Terakhir Pembayaran Saman

Kaunter saman trafik sesak lagi

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 10 Mac - Asalkan ada kaunter bayaran saman trafik, tempat tersebut hari ini dipenuhi orang ramai yang mahu menjelaskan saman tertunggak masing-masing pada hari terakhir tempoh insentif diskaun diberikan oleh kerajaan.

Keadaan sesak yang pernah berlaku pada 28 Februari lalu berulang lagi selepas kerajaan melanjutkan tempoh menjelaskan bayaran saman sehingga hari ini.

Kesesakan itu juga dipercayai berlaku akibat sikap 'suka bertangguh' orang ramai yang menunggu sehingga hari terakhir untuk menjelaskan saman.

Akibatnya, mereka terpaksa bersesak pada hari terakhir apabila jumlah pembayar saman meningkat berbanding tempoh lanjutan 10 hari yang diberikan oleh kerajaan mulai 1 Mac lalu.

Namun, ada juga pembayar saman yang mendakwa sistem komputer yang tergendala selain nombor giliran yang habis terlalu awal sejak beberapa hari lalu menyebabkan mereka terpaksa membayar saman itu pada saat-saat akhir.

Suasana sesak bukan sahaja dapat dilihat di kaunter bayaran saman di cawangan trafik dan ibu pejabat polis daerah (IPD), malah ia turut berlaku di pejabat-pejabat Pos Malaysia dan pos mini di seluruh negara.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Dukong, Lebuh Raya Grand Saga di Kajang mendapati, pejabat pos mini di situ yang selama ini lengang turut sesak.

Pembayar saman mula beratur sejak awal pagi sehingga ke tengah hari sehingga menyebabkan tempat meletak kereta di kawasan itu penuh.

Malah, orang ramai beratur bukan sahaja di dalam pejabat pos mini itu tetapi sehingga ke kawasan luar.

Rata-rata pengguna kenderaan yang ditemui memberitahu, mereka memilih pos mini itu kerana ia agak lengang sebelum ini.

Namun hari ini, keadaan menjadi sebaliknya apabila barisan dalam pejabat pos yang mampu memuatkan lebih daripada 30 orang, tetap tidak berkurangan malah ia bersilih ganti dengan pembayar saman.

Kerajaan sebelum ini melanjutkan tempoh diskaun bayaran saman sebanyak 50 peratus sejak Ogos lepas yang sepatutnya berakhir pada 28 Februari lalu sehingga hari ini.

Langkah melanjutkan tempoh bayaran saman itu dibuat selepas mendapati lebih 17 juta saman masih belum dijelaskan apabila tempoh itu berakhir hujung bulan lalu.

Sementara itu, tinjauan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati, keadaan sesak sama seperti yang berlaku pada 28 Februari lalu.

Di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee mendapati, nombor giliran habis seawal pukul 10.30 pagi, manakala di Bukit Aman pula, mereka yang menunggu sejak pukul 8 pagi dilihat belum dapat membayar saman mereka sehingga tengah hari ini.

Pegawai Kompaun Polis Trafik Jalan Bandar, Asisten Supritendan Azhari Chik berkata, seperti hari-hari sebelum ini, hanya 800 nombor dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, jika nombor giliran itu berjaya dihabiskan sebelum 8 malam ini, nombor giliran baru akan dikeluarkan.

"Bagaimanapun nombor mungkin dihadkan kepada 100 sahaja kerana bimbang tidak dapat dihabiskan sebelum tengah malam ini," katanya.

Beliau berkata, proses semakan dan pembayaran mengambil masa kerana ada di antara mereka yang menyemak dan membayar untuk lebih 50 saman.

(coy paste dari Utusan Online)

huhh.... dari hari tu la tak habis2 cerita bayar saman. jap, ramai sangat ke yang kena saman?? PER tak tau la, tapi dari Utusan Online, PER dapat tahu yang orang Malaysia ni suka bertangguh. PER tak pasti kenapa dan mana silapnya. ada kawan PER bising2 kat FB dia, kata "kalau tak bertangguh, tu bukan Melayu namanya, so aku nak buat assignment malam ni la", sampai macam tu sekali kenyataan dia. PER kecewa laa...

dah dilanjutkan, tak settle jugak. liat betullah. makin nak dicerita mankin confuse PER. tak tau nak kesiankan diorang ke nak padanmukakan diorang. yang penting PER tak ada saman. 

PER tak tau sampai bila habis settle orang bayar saman semalam tapi harapnya kalau ada peluang lepas ni, orang takkan ambil mudah lagi or sambil lewa. tapi PER sebenarnya nak kerajaan bertegas sengan orang ramai. tapi tak apalah, PER tak ada kuasa.

so, lepas ni apa akan jadi? blacklist?

p/s: kalau silap masa jalan kaki pun kena saman, PER maybe ada saman kut, hehehe~~~

No comments:

Post a Comment