Tuesday 8 March 2011

Politik, oh Politik.....

Huff, PER pening betul la kebelakangan ni. PER banyak gila keja, sampai nak update blog pun PER mati semangat. Penat sangat, dengan macam-macam kerja PER kena buat. Adoiyaii….

Tapi anyway, PER pendekkan je la cerita kali ni. PER baca Utusan Online (lagi la), and PER dapat banyak sangat topic yang menarik. Antaranya pembekuan program baru perubatan. Wah, pembekuan? Kenapa???
Penawaran melebihi permintaan? Wah, first time PER dengar program perubatan macam ni. Rata2 PER pegi, orang mesti kata nak jadi doktor, tapi kenapa sampai terlebih tawaran dari permintaan? Well, PER tak ada 
jawapan untuk tu…

Then PER terbaca pasal cik Nik Aziz kita (lagi…. di sini). PER tertarik dengan kenyataan terakhir tu “…Ini bukan adil, ini berdosa dunia dan akhirat…”, alaa… comel betul kenyataan dia tu, hahaha… macam budak kecik yang kalah bertanding, semua nak libatkan dosa, dunia akhirat. Hehehe…. Media tak berpihak pada mereka? Keluarkanlah Harakah banyak2. Well, dah kelebihan UMNO la kan. Kalau PAS yang pegang tampuk pemerintahan negara ni, memang dia orang akan buat perkara yang sama. Maybe lebih, PER tak pasti 
laa…

PKR pulak? Hmmm….. PKR tak penuh janji? Memang PER dah biasa dengar pasal ni laa.. Oh ya, PER ada download Buku Jingga online tapi PER tak sempat nak telaah lagi isi kandungannya, Menurut blog yang PER baca haritu, Buku Jingga hanya menimbulkan gelak tawa sahaja. PER tak pasti ada apa dalam Buku Jingga tu. 
Kalau ada masa, InsyaAllah, PER akan huraikan secara ringkas isi kandungan Buku Jingga.

Oh ya, PER dengar sejak Negeri Selangor ni diambilalih, PER dengar banyak, hotel bajet, kelab malam dan rumah urut dibuka, especially Shah Alam, tempat yang ramai student. Kenapa eh? PER nak tahu jugak… Pastu kenyataan Nur Zaiful di sini, “Saya masih menanti kerajaan negeri mengeluarkan tawaran untuk orang muda membeli rumah mampu milik di negeri ini namun masih tiada sedangkan projek-projek perumahan kelas sederhana dan mewah begitu mudah mendapat perhatian mereka,'' katanya. Apa maksudnya tu? Pembaca tafsir-tafsirkan lah sendiri. Tapi dulu pasal isu pasir, PER memang tak arif masa dulu sampailah PER sendiri nampak gambar lubang-lubang yang terhasil daripada kegiatan mengorek pasir. PER pasti kegiatan korek pasir besar-besaran ni sebenarnya ada dalang disebaliknya. Takkan la parti mengorek pasir besar2an ni tak dihidu oleh kerajaan Negeri Selangor, idak? Mustahillah bagi PER, tak mungkin…..

Banyak, kalau nak cerita sekarang, PER tak balik rumah la jawabnyer ni…. PER stop sini dulu eh, pasal PKR. Kita sambung pasal DAP pulak, ‘kawan karib’ PAS di sini.

Huisy, kat PP memang lagi dahsyat kes diaaa….. gerai Melayu runtuh, perkampungan Melayu runtuh, perniagaan KOMTAR kedai Melayu runtuh, segalanya pasal Melayu runtuh la pendek katanya kat Pulau Pinang. Apasal Melayu? DAP memang nak mengautonomikan PP ke? Nak jadikan PP tu Singapore ke-2? Wah wah wah….. tak cukup ngan Singapore, habis PP pun dia nak amik? Lepas tu? KL? Ipoh? Melaka? JB? Pastu yang tinggal untuk orang Melayu? Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu aje ke? Sukati je diorang. Dah beri betis, nak peha la, cenonggeng la, kepak la. Lama-lama dia amik whole chicken. Yang tinggal kat kita hanya bulu dan tulang aje. Tu pun tinggal tulang yang dah kena gigit, sum-sum tulang pun dia bedal. Ni andaian aje la, pembaca. Boleh bayangkan tak macam mana kalau diorang amik habis and tak tinggal sesen pun untuk kita? Parah laaaaaa…..

DAP ni kita kena extra berhati-hati. PER dengar cerita, DAP ni selalu aje buat mesyuarat masa solat Jumaat, dimana semua pegawai kerajaan lelaki bersolat Jumaat. PER rasa kan, masa tu la diorang buat ‘projek’ diorang, meeting bagaimana nak menyisihkan ‘rival’ mereka. PER takut….

Itu la yang sempat PER olah masa ni. Actually time ni pun dah lewat sangat da. PER memang busy extra. PER esok memang langsung tak dapat pegang komputer PER ni. PER mean, LANGSUNG. Program la, itu la ini la. So tomorrow never die, but never update too. Sorry…

Addio.....

p/s: PER penat gile la skarang ni, tolong……….

No comments:

Post a Comment