Saturday 5 March 2011

Jual anak berapa harga? Lepas ikat jamin tak?

Lelaki bunuh kekasih enggan jual anak

SUNGAI PETANI 4 Mac - Pasangan ini hidup bersekedudukan lebih setahun lalu dan hasilnya dikurniakan seorang 'cahaya mata' berusia kira-kira dua bulan.
Sepanjang tempoh tersebut, wanita itu kerap mengadu kepada jiran yang dia dipukul teman lelakinya.
Malah, difahamkan mangsa pernah lari ke rumah ibunya di Johor Bahru kerana tidak tahan dipukul tetapi kembali berdamai selepas dipujuk teman lelakinya.
Namun, segala-galanya berakhir hari ini apabila wanita terbabit ditemui mati dengan kesan lebam di bahagian kepala.
Mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul yang ditemui di rumah sewanya di Jalan Indah 6, Taman Sejati Indah, dekat sini hari ini.
Mangsa, K. Magapugie, 33, dikatakan bertengkar dengan teman lelakinya berusia 23 tahun selepas didakwa enggan menyerahkan bayi mereka untuk dijual kepada orang lain akibat kesempitan hidup.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad, pada mulanya lelaki itu tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani memaklumkan isterinya mati terjatuh di dalam rumah.
"Suspek membuat laporan polis kira-kira pukul 9 pagi. Bagaimanapun tingkah lakunya yang mencurigakan mendorong polis menghantar sepasukan anggota ke rumah terbabit untuk membuat pemeriksaan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali.
Mohd. Zakaria berkata, polis yang tiba di rumah terbabit mendapati mayat mangsa ditutup rapi dengan kain dan diletakkan di ruang tamu.
"Pemeriksaan lanjut mendapati ada beberapa kesan kecederaan di bahagian badan dan kepala mangsa. Ekoran itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau memberitahu, berdasarkan keterangan saksi, pasangan tersebut dikatakan bergaduh kira-kira pukul 4 pagi ini.
"Kedua-duanya bertengkar dengan kuat sehingga boleh didengari oleh jiran-jiran pada awal pagi. Tidak lama selepas itu, suspek dikatakan keluar dari rumah dan kembali semula tetapi jiran-jiran tidak lagi mendengar suara wanita terbabit," katanya.
Tambah Mohd. Zakaria, semakan lanjut mendapati, pasangan itu tinggal tanpa ikatan perkahwinan sejak lebih setahun lalu dan hasilnya mempunyai seorang anak lelaki berusia kira-kira dua bulan.
"Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap sementara mangsa pula tidak bekerja. Kita percaya, pasangan ini menghadapi masalah kewangan kerana didapati gagal membayar tunggakan bil elektrik serta air sejak beberapa bulan lalu," katanya.
Kata beliau, siasatan kes tersebut dianggap selesai berikutan penahanan suspek berkenaan.
"Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori," katanya.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.

(copy paste dari Utusan Online)

komen PER? perhubungan tak sah takkan bahagia. walaupun dalam kes ni orang India, tapi PER tau, ramai je orang Melayu yang buat macam ni. PER percaya...

PER ada dengar kisah dari DCKK zaman dulu2. ada pasangan ni duduk serumah walaupun tak berkahwin. tapi diorang act like diorang memang husband and wife. kenapa jadi macam tu? kenapa tak kawin aje?

jawapan PER senang. dia orang pikir macam aje tu dah bahagia, diorang tak berani nak kawin sebab diorang takut lepas kawin, jadi tak bahagia macam sebelum kawin. kebanyakan orang macam tu la PER tengok. diorang selalu cakap belum kawin, jaga pasangan elok2, takut kena rembat. nak kawin pun cepat2. tapi lepas dah jadi hak mutlak, diorang buat macam barangan aje. ye la, tau la dah jadi dia punya, orang tu takleh kemana lagi dah. dah confirm2 dah. thats why dia buat ikut sukati dia je. alaa... tak payah nak cakap jejauh, PER dah nampak dengan matakepala PER sendiri....

tapi dalam hal ni, K. Magapugie (mangsa) pun bersalah jugak. kenapa dia balik ke boypren dia sedangkan orang tu abuse dia? mak PER kata, 'the first time happen, it is their fault, but the second time happen, it is yours. YOU let it happen twice'. PER pegang kata2 dia... dalam kes ni, dia kembali kepada boypren dia. memang takleh nak cakap apa la kan. sebab PER tak kawin lagi, PER tak tau perasaan 'sayang' tu macam mana. mak cerita, sayang punya pasal, orang rela dipukul husband. PER siyes tak paham laa.... Moga2 PER ni sentiasa tegas dalam semua perkara.

Nak jual anak sebab kesempitan wang? yang pi 'berkahwin' tu napa? kan dah dapat anak. tambah lagi mulut nak suap. so, jalan senang jual anak? amboih....... lepas abih duit jual anak? jual isteri? hisy..... pendekatan mudah tapi tak kekal. apa la salahnya kerja keras sikit. ni pesen nak hidup senang tapi malas. harap duit segera, jatuh dari langit. duit segera macam mi segera la. cepat dimasak, cepat dimakan, cepat ketandas, hehehe...

PER mengenangkan nasib anak kecik tu. mak mati, bapak kelokap. kesian, masa depan dia berliku liku....

P/S: biarlah perkahwinan tu susah tapi direstui. nikah kat Siam memang senang, tapi takde sapa bless. padah la jawabnya......

 

No comments:

Post a Comment