Saturday 5 March 2011

Pagar makan padi

Ketua guru disiplin didakwa cabul 11 pelajar

KUALA LUMPUR 4 Mac - Seorang ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia antara 15 dan 16 tahun, bulan lalu.
Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 49, berasal dari Pulau Pinang memohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Azaraorni Abd. Rahman.
Tertuduh didakwa mencabul kehormatan semua mangsa tersebut di dalam bilik guru disiplin di sekolah tersebut antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi, 25 Februari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar mencadangkan jaminan RM1,500 bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh.
Katanya, Ismazi yang berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun juga telah memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.
Azaraorni menetapkan tertuduh diikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 25 Mac ini.
Isteri Ismazi yang hadir bersama rakan-rakannya membayar jaminan tersebut.

(copy paste dari Utusan Online)

orang dah bagi amanah jaga anak orang, dia gi cabulnya bebudak ni. haiii..... apa nak jadi la ngan cikgu ni. dia sedar tak dia anak bini dah? tak cukup ngan sorang tu, pegi la kawin lain. ni idak, lagi rela dia berenang dalam dosa. dah la dosa mencabul kehormatan, dosa langgar amanah pun dapat. pakej gitu!!

bagi PER la kan, denda tu tak cukup kalau nak dibandingkan dengan trauma yang budak2 perempuan tu hadapi. dan bagi PER, elok disebat aje dia ni sampai tertanggal punggung dia. baru padan muka!! PER kesian dengan wanita zaman ni. diorang try to stay cantik untuk husband, or bf, or just untuk keselesaan. tapi jadi mangsa kerakusan manusia yang bernafsu iblis. orang laki yang macam tu mungkin tak penah terfikir apa jenis kehidupan yang perempuan tu akan hadapi. dengan mulut orang keliling, dengan aib terhadap keluarga. lagi memalukan kalau terpaksa mengkandungkan anak yang dia tak pernah nak. seksa tahu? orang laki tu mana nak paham. bukan dia yang terpaksa berbonyot perut hasil lekatan yang terhasil dari nafsu dia. dia boleh lari je. selamat, terlepas. orang tak tau.

PER doa dan PER harap pembaca doakan untuk PER supaya PER dijauhkan daripada malapetaka dan bahana yang PER tak nak. PER tak larat nak tanggung semua tu. PER tak kuat iman......

P/S: kawan laki takut dengan ketegasan PER, tapi sebenarnya PER ni sensitif. mudah menangis, ahaks~~~

No comments:

Post a Comment