Friday 4 March 2011

Mayat Bayi lagi...

Mayat bayi ditemui dalam komuter


KLANG 3 Mac – Seorang pencuci gerabak komuter terkejut apabila menemui mayat bayi lelaki dalam satu bungkusan plastik berwarna hitam yang ditinggalkan di bawah tempat duduk penumpang pengangkutan awam itu di Hentian Pelabuhan Klang di sini pagi ini.
Mayat bayi yang dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat itu ditemui Siti Khalijah Mat Zain, 37, kira-kira pukul 9.15 pagi.
Siti Khalijah ketika ditemui pemberita di tempat kejadian memberitahu, pada mulanya dia menyangka plastik berwarna hitam itu berisi sampah.
Bagaimanapun, wanita itu yang baru empat bulan bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berasa tidak sedap hati dan mengangkat beg plastik tersebut dan membawanya keluar dari gerabak untuk melihat isinya.
“Saya panggil rakan setugas dan kami terkejut apabila melihat ada kesan darah. Setelah diperiksa, beg plastik itu berisi mayat seorang bayi lelaki yang dibungkus dengan selimut bercorak bunga.
“Kami juga menemui sehelai sejadah dan surah Yasin di sisi mayat,” katanya yang memaklumkan kepada penyelianya mengenai penemuan mayat itu sebelum menghubungi polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, komuter tersebut bergerak dari Pelabuhan Klang kira-kira pukul 5.35 pagi menuju ke Batu Caves, Selayang dan tiba di sana pada pukul 7.15 pagi.
Menurut beliau, komuter tersebut difahamkan menyambung semula perjalanan menuju ke Pelabuhan Klang dan berhenti di hentian tersebut kira-kira pukul 8.15 pagi untuk dibersihkan.
“Difahamkan, semasa gerabak itu hendak dicuci barulah mayat itu ditemui dan kita percaya mayat tersebut dibuang semasa tren berkenaan dalam perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang.
“Setakat ini tiada saksi yang nampak bagaimana bungkusan plastik hitam itu berada di bawah tempat duduk penumpang bahagian gerabak hadapan komuter tersebut,” ujarnya.
Kata beliau lagi, pihaknya menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat bayi itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan gerakan memburu mereka yang bertanggungjawab sedang giat dijalankan.
Tambah beliau, mayat bayi tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.

(copy paste dari Utusan Online)

whoa whoa whoa...... time out!! lagi??? ape laa nak jadi ngan diorang ni? kalau bab buat, best aje eh? tak ingat dunia! tapi kalau dah jadi camni, senang ajer nak bunuh2. takde otak ape??? ke memang bukan spesis manusia? ape jenis binatang la diorang ni? heii, silap besar la diorang tu hidup. hidup menyusahkan, mati nnt tak tau la camne...
PER memang anti 'persatuan' buang bayi. PER kalau tau sape yang buat bayi tu camtu, memang PER nak tengok dia pulak dibuat sama macam mana dia buat bayi dia tu. ooh... masa duk berzina tak ingat pulak Tuhan. lepas dah berhasil, kelam kabut ye? PER benci gila dengan manusia2 macam tu. tak sedar dek untung dapat hidup. asal elok2 manusia biasa, sekarang dah jadi pembunuh. gila betullah diorang ni...

hiee.... sedih memikirkan pasal ni. takpe, kau tengok lah nanti kalau time kena hisab. anak2 tu datang balik cari korang tau tak??? pastu jawab la sendiri kalau ke tanya, "kenapa mak buang saya?", "kenapa papa bunuh saya", "kenapa buat saya macam ni," dan lain2 persoalan yang korang tak akan (i mean, TAK AKAN) dapat jawab. percayalah, baby tu memang takkan lepas kan korang....

sejadah dan surah yasin? ape soleh/solehah sangat penzina ni? ape dia expect baby tu berdiri and tunaikan solat sendiri, baca yasin sendiri??? motif nak letakkan 2 benda ni kat dalam plastik tu apa?? kesian??? oohh... tau kesian, pastu kau pegi zina sana, zina sini pastu membunuh pulak tu??? hebat............

PER tak nak tau ape yang 'sinners' tu buat, tapi PER nak diorang hidup tak senang. sama balasan dengan mencipta nyawa pastu sukati mak bapak diorang je nak musnahkan nyawa tu. biar balasan setimpal, PER nak diorang rasa. lagi awal dapat cash kat dunia, lagi bagus. supaya ringan sikit kat 'sana' kelak (hei, PER pun baik hati jugak tau...). so, kepada pembaca, toloooooong la. kalau nak buat satu perkara tu, ingat 3 perkara ni, Allah, ibu bapa dan masa depan. semoga hidup anda semua diberkati.

addio~

p/s: PER sayang kat mak, so PER takut nak langgar nasihat mak.

2 comments: