Friday 11 March 2011

Wanita Semasa

Sasar 55 peratus pekerja wanita pada 2015

KUALA LUMPUR 10 Mac - Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan bilangan tenaga kerja wanita di negara ini kepada 55 peratus menjelang 2015 berbanding 47.3 peratus pada masa ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedar golongan tersebut berpotensi untuk menjadi pemimpin dalam jurusan masing- masing pada masa depan.
Menurutnya, potensi itu berdasarkan aliran semasa yang menunjukkan golongan wanita telah melengkapkan diri mereka dengan pelbagai nilai tambah selain merupakan pekerja yang cukup produktif.
"Kita berbangga kerana Malaysia merupakan salah satu negara yang mana peluang- peluang seumpama ini terbuka kepada kaum wanita. Ia hasil usaha keras kerajaan dalam melakukan transformasi sosial.
"Pada masa ini, kaum wanita terdiri daripada 47.3 peratus tenaga kerja di Malaysia berbanding 30.8 peratus pada tahun 2000. Menjelang 2015, kerajaan berharap bilangan itu akan meningkat kepada 55 peratus," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam blognya, http://www.1malaysia. com.my, sempena memperingati ulang tahun ke-100 Hari Wanita Antarabangsa yang disambut di seluruh dunia semalam.
Dalam pada itu, Najib berkata, golongan wanita di negara ini sudah menempa banyak kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat antarabangsa mahupun dalam aspek pendidikan.
Antaranya, jelas Perdana Menteri, dunia mengiktiraf kemampuan dan peranan golongan wanita seperti Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dalam membantu menguruskan sistem kewangan negara.

(copy paste dari Utusan Online)

PER memang respek dengan orang perempuan yang berkerja, especially yang dah berkahwin. mana tak produktif? kalau kat rumah boleh settle kerja, lat office boleh buat, memang la orang panggil 'produktif'. respek laa.... mak PER pun kerja jugak, so PER, walaupun masa kecik2 rasa sunyi je mak PER tetiba keluar kerja, tapi bila tengok balik sekarang, PER rasa separuh dari perbelanjaan rumah ditanggung oleh si isteri.

nak tingkatkan tenaga kerja wanita kepada 55%? okay, satu soalan, lelaki?

ye la, kalau tengok kat universiti2 mana2 sekalipun, memang rata2 adalah wanita. PER tak pasti la kalau lelaki dia lebih suka duduk reumah sewa, so, memang jarang nampak. tapi memang banyak wanita. dalam bas, dalam kelas, dalan kantin, dalam office. mana2 pun ada...

tapi kalau nak dilihat, memang ramai sangat wanita yang berkerjaya yang bernama. PER respek sangat-sangat dengan mereka. PER harap PER boleh jadi one of them.

akhir sekali walaupun PER terlambat, selamat menyambut Hari Wanita Sedunia yang ke-100.

p/s: walaupun PER bercita-cita nak berkerja dalam sektor government, PER still rasa kerja sebagai surirumahtangga adalah the best job untuk wanita.

No comments:

Post a Comment