Friday 4 March 2011

Tempoh Bayar Saman Dilanjutkan

Bertindak adil kepada masyarakat

KINABATANGAN 3 Mac - Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun 50 peratus sehingga 10 Mac ini bukan dilakukan tanpa sebarang tujuan atau alasan kukuh.
Sambil menafikan tindakan itu seolah-olah kerajaan tidak tegas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, ia dilakukan kerana mahu bertindak adil kepada masyarakat.
Jelas beliau, pada hari terakhir tempoh bayaran saman iaitu Isnin lalu telah berlaku gangguan dalam sistem yang diguna pakai kerana terlalu ramai yang ingin melunaskan bayaran pada hari tersebut.
"Ramai yang telah datang dan beratur panjang untuk melakukan pembayaran tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana gangguan pada sistem.
"Akibat masalah itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkannya demi memberi peluang kepada orang ramai menjelaskan saman mereka. Namun ini adalah kali terakhir ia dilanjutkan dan tidak akan ada lagi selepas ini," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat dan Majlis Penyampaian Dividen Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod serta Geran Komunal Lalampas, Tongod di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.
Semalam, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas selama 10 hari lagi, sehingga 10 Mac ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman tetapi gagal berbuat demikian ekoran masalah sistem tergendala serta kesesakan kaunter di seluruh negara.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sekiranya kerajaan mempunyai niat lain dalam memanjangkan tempoh pembayaran saman trafik tersebut, mengapa ia hanya dilanjutkan untuk tempoh singkat sahaja.
Jelasnya, jika ia dibuat demi mengaut keuntungan, lebih baik tempoh pembayaran saman tersebut dilakukan selama sebulan.
"Lanjutan tersebut dibuat demi bertindak adil kepada mereka yang tidak dapat membuat pembayaran pada hari terakhir, itu sahaja.
"Kita juga bukan saja-saja hendak melanjutkan tempoh pembayaran, tetapi sistem yang diguna pakai telah mengalami gangguan. Kini sistem yang digunakan lebih tersusun dan orang ramai harus mengambil kesempatan yang diberikan dengan sebaik-baiknya," katanya.

(copy paste dari Utusan Online)


Meh PER ulas sikit pasal kes ni sebagai pembukaan blog baru PER. (oh, ya, PER ada 3 blog peribadi yang lain, tapi tu rahsia le, hehehe...).

Actually, PER dah boleh agak benda ni akan berlaku. tapi dulu sebelum tempoh bayaran saman ni tamat (belum dilanjutkan), memang PER gelak sorang2 la kat rumah. Bukannya apa, PER memang tak drive, motor pun takdak. so PER berlagak la sikit pasal tak kena saman. housemate PER pun nasib baik takde saman.

Ok, kembali ke cerita, asalnya PER memang tak setuju dengan perlanjutan tempoh bayaran saman. siap dengan diskaun sekali tu! bagi PER, perkara ni nampak macam lembut, dimanjakan lagi pesalah trafik (yang kena saman atas salah sendiri atau kena 'ekor'). tapi bila tengok balik kenyataan TPM, PER akui, patut jugak la dilanjutkan. PER tengok kat Buletin Utama, sesak Balai Polis dibuatnya. sampai sistem down tuu... so, ada patut la kerajaan panjangkan tarikh. tu pun untuk 'mohon maaf' atas ke-down-an sistem diorang. kesian pulak tengok pembayar saman dalam berita tu...

Tapi kesian jugak kat kakak/abang polis kat kaunter tu. kena layan berapa ratus orang dalam sehari. pastu balai bukak sabtu and ahad sampai malam pulak tu untuk pesalah bayar saman. tapi PER harapkan, tak kisahlah pekerja kerajaan atau swasta, walau penat macam mana sekalipun, servis dengan senyuman itu yang terbaik. orang nak marah2 pun tak jadi. api jangan disimbah dengan petrol, nnt meletoppp!!
cakap pasal servis dengan senyuman, actually ramai yang komplen tentang servis pegawai kerajaan. diorang selalu je nak tinggi suara. haritu PER pegi kat MPKJ nak teman someone uruskan bayaran la, apa la. kat sana (walaupun bukan pada teman PER), pegawai dia bertinggi suara. dah tu, tone suara dia tak kena untuk kerja on counter, sinis gila! geram pulak tengok, rasa nak picit2 aje pipi makcik tu. tapi haritu PER pegi kat Putrajaya, kat MOE. sana suasana pejabat dia agak suram walaupun mewah. tapi PER nak cakap, pegawai bertugas dia memang bagus. suara lebut, tone rendah and tak marah2 walaupun dah petang. PER respek gile la kat mamat tu!

okay, kepada pemandu dan penunggang mahupun penumpang dan pembonceng, PER nasihatkan supaya bila memandu/menuggang tu, ingat2 la keselamatan. kalau rasa selalu lupa akan keselamatan diri dan keluarga, PER harap you all ingat2 la akan polis yang boleh berada diamana2, hahaha... kalau tak nak 'takut sebab kemalangan', takut la sebab kena saman. ada certain orang, kita kena speak passively baru jalan, so PER nasihat macam ni aje la.

okay, selamat bayar saman dan selamat tak kena saman lagi tau~

addio...

p/s: eh, PER ada lesen dah laa.........

No comments:

Post a Comment