Friday 4 March 2011

Perjuangan PAS?

Pas seru ahli serang UMNO

KUALA LUMPUR 3 Mac - Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.
Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata, kerana taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.
"Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata.
"Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.
Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas, sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA.
Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.
Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.
Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.
"Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.
Dedah Rashid lagi, Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.
Bagaimanapun jelas beliau, sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu, membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.
"Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru.
"Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

(copy paste dari Utusan Online)


Okeh, post yang kedua PER ialah berkaitan dengan politik. PER nak citer ni, PER bukan orang alim tapi PER tahu la jugak tentang Islam dan way of life dalam Islam. tapi dalam hal politik and agama, PER sangat-sangat-sangat tak setuju kalau dicampuradukkan antara dua itu.

okeh, kita citer lain dulu. dalam kenyataan Rasyid Wahab, dia mengatakan bahawa PAS (literally) terpesong dari agama. kenapa PER cakap camtu? sebab as an x-fanatic, dia kata PAS mengharamkan perkara yang sepatutnya halal. kenapa PAS haramkan bersolat didalam masjid yang dibina oleh UMNO? apakah haknya PAS mengharamkan pengerjaan ibadah yang dituntut Allah walaupun hanyalah berbeza pandangan politik. PER tak suka tau kalau kita berbalah pasal politik dalam hal2 tak berkaitan politik. for PER, politic IS politic. politik bukan agama, politik bukan cara hidup. so, kalau nak gaduh pasal politik, gaduh la. tapi kalau bab solat, makan atau kerja everyday, ketepikan lah hal politik.

ni siap angkat senjata lagi tuuu!! tell me apa pendapat pembaca kalau orang sesama Islam saling berbunuhan tapi orang kafir tergelak kat tepi? yes, they will LOVE to see it. but what will happen to us then? fikir2kan la...

...beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri... Apa yang pembaca nampak? politik dapat memusnahkan kita. percaya tak, budaya kafir mengkafir ni sangat popular kat Malaysia? tak payah cari jauh2, dari dulu lagi PER dah dengar da cerita ni. masa PER sekolah dulu, kawan PER selalu pesan, "kalau nampak bendera PAS, senyum tau, kalau nampak bendera BN, tutup mata cepat2. berdosa kalau tengok". alahai....... sedih betul. tu kalau tengok bendera Israel? boleh pulak? ke lepas ni nak samak anak mata tu? jangan lupa, 7 baldi air dengan 1 baldi air + pasir yang suci ya?

cakap pasal hukum hudud, PER memang tak terer. PER tau, dulu PAS memang bising2 nak hidupkan hukum hudud di Malaysia sekiranya berjaya jadi pemerintah. in the end? penah dengar orang kena rejam sampai mati tak? potong tangan sebab pecahkan ATM? or bunuh si ibu/bapa yang gugurkan anak haram or bunuh dan campak dia merata2 (darah dibalas darah kan?) well... kalau ada bagitau PER cepat2 tau!

kalau nak citer pasal ketidakpuasan PER atas penyelewengan yang PAS dah buat,memang banyak. tapi buat masa ni,yang mampu PER ceritakan hanyalah ni aje. nanti menyirap sangat darah PER, kena telan pulak 3 bijik pil darah tinggi. tak sanggup gue...

addio~

p/s: respek giler ngan Achech, lepas bencana terus berubah. harapnya jangan la kat Malaysia ni tunggu bencana dulu baru nak berubah...

No comments:

Post a Comment